Pengenalan Hospital Kluster

Negeri Perak adalah negeri kedua terbesar di Malaysia Barat selepas negeri Pahang dengan kawasan liputan 21,000 km persegi dan jumlah penduduk 2.5 juta pada tahun 2016. Terdapat 11 daerah di negeri Perak dan daerah Kinta sahaja mempunyai satu juta penduduk. Terdapat 15 hospital di Negeri Perak terdiri daripada satu hospital negeri, empat hospital pakar, sembilan hospital daerah dan satu Institut Kesihatan Mental (Hospital Bahagia Ulu Kinta).

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) adalah hospital negeri yang berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi negeri Perak. Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1891 sebagai hospital daerah dengan 550 katil. Ia kemudian dinaiktaraf kepada hospital negeri pada tahun 1942 dan kini mempunyai bangunan lapan tingkat baru dengan 990 katil yang dibina pada tahun 1980.

HRPB menawarkan perkhidmatan khusus dan subspesialisasi utama ke seluruh negeri Perak. Tiga hospital daerah lain di daerah Kinta telah dipilih untuk membentuk Hospital Kluster Ipoh bersama-sama dengan Hospital Negeri. HRPB akan mengetuai Hospital Kluster Ipoh, manakala hospital daerah akan berfungsi sebagai 'non-lead hospital'. Hospital Kluster ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan pakar dan penjagaan pesakit dan untuk membantu Hospital Negeri dengan berkongsi sumber di kalangan hospital. Hospital daerah yang terlibat dalam Kluster Perak adalah:
1. Hospital Batu Gajah
2. Hospital Sungai Siput
3. Hospital Kampar

 

LOKASI GEOGRAFI

 

 

Visi Hospital Kluster Ipoh adalah untuk membentuk rangkaian hospital bersepadu yang bekerja bersama-sama, berusaha untuk peningkatan dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Misi ini adalah untuk memberi tumpuan kepada keperluan komuniti dan populasi, serta untuk menjalinkan perkongsian penyediaan dan penyampaian perkhidmatan dengan membangunkan bidang khusus untuk perkhidmatan tertentu.

 

LOGO KLUSTER IPOH