Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua warga hospital dan orang awam

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaNya, akhirnya Laman Web Hospital Kampar dapat dihasilkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Dengan ini, segala maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua pihak yang menlayari laman web ini. Laman Web Hospital Kampar yang dihasilkan bukan sahaja memberi informasi berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan Hospital Kampar, malah juga menjadi sumber ilmu berhubung dengan maklumat perubatan kesihatan disediakan.

Sebagaimana yang dimaklum, ilmu teknologi maklumat kini menjadi lonjakan bagi memberi kemudahan kepada semua pihak agar memperolehi kesihatan yang unggul. Akhir kata, terima kasih saya kepada semua pihak agar apa yang terpapar di Laman Web Hospital Kampar menjadi sumber inspirasi.

Sekian, Terima Kasih

DR. KHAIRUL AZHA BIN AZAM
PENGARAH HOSPITAL KAMPAR