Jabatan Kecemasan & Trauma

Fungsi utama organisasi ini adalah memberi perkhidmatan berterusan   selama 24 jam di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan, kes-kes  yang  berkaitan dengan perundangan(medico legal).

Kedudukan organisasi ini yang merupakan pintu masuk utama yang penting sebelum melangkah ke organisasi lain.Kakitangan terdiri daripada  Pegawai-pegawai Perubatan UD41 yang terlibat, 2 Penolong Pegawai Perubatan U32, 11 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan 12 orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas mengikut giliran.

Dari masa ke semasa unit ini telah dilengkapi dengan peralatan perubatan moden yang sesuai dengan keadaan semasa dan sentiasa dikawalselia supaya bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Selaras dengan sasaran hospital ini untuk mendapatkan pengiktirafan Akreditasi dalam masa yang terdekat, maka perkhidmatan Unit Kecemasan akan dipertingkatkan. Sejajar dengan itu Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan digalakkan menghadiri kursus dan latihan bertujuan mempertingkatkan kecekapan dalam perkhidmatan. Unit ini telah dinaiktaraf pada tahun 2009 di mana, red zone ada 2 katil, yellow zone ada 4 katil dan green zone.

Disamping itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan ambulan, pembedahan kecil dan perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan. Perkhidmatan ambulan adalah menepati tahap NIA  indicator dimana ketetapan jangkamasa mengambil tindakan adalah dalam masa 5 minit. Perkhidmatan panggilan ambulan dari orang ramai meningkat dari masa ke semasa.