• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Pentadbiran & Kewangan

Unit Pentadbiran & Kewangan

Untuk menjana sistem pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan ke atas unit-unit di bawah pengurusannya di samping memastikan perkhidmatan yang diberi berada pada tahap toleransi yang memuaskan. Di atas prinsip inilah unit pentadbiran dan kewangan telah melaksanakan strategi bersesuaian dengan tanggungjawabnya untuk memberi khidmat sokongan yang terbaik dalam menguruskan perkhidmatan personel dan bajet yang diluluskan.

Bermula 1hb. Januari 2012, Hospital Kampar menjadi Pusat Tanggung Jawab (PTJ) kepada PKD Kampar dan Klinik Pergigian Kampar berasaskan konsep “1 Daerah 1 PTJ” oleh kerajaan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan KKM Bil. 2/2011 pada 9 hb.November 2011.

Strategi Perlaksanaan

Pengarah organisasi telah merangka strategi perlaksanaan dengan memastikan peruntukan awal yang diluluskan dibelanjakan di dalam portfolio yang dipelbagaikan berdasarkan pengagihan peruntukan mengikut aktiviti.

Antara faktor utama yang diambilkira dalam menentukan strategi dan pelaksanaan jabatan dicapai sebagaimana terancang, semua lapisan anggota digerakkan supaya berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dan mendapat pengiktirafan umum.

Tenaga usaha dan komitmen anggota dikerah untuk bersama-sama mempertingkatkan perkhidmatan disamping melipatgandakan pulangan perbelanjaan supaya sejajar dengan peruntukan yang diterima. Beberapa pendekatan dan tumpuan serta pengembelingan tenaga kerja setiap lapisan di kira sebagai aset yang dapat menyumbang kepada keberkesanan maju mundurnya sesebuah organisasi. Justeru itu objektif unit pentadbiran tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu dari keseluruhan anggotanya.

Seterusnya, pengurusan PTJ yang secara langsung adalah pentadbir kepada unit pengurusan telah melaksanakan analisis pentadbiran yang boleh diukur dari ketekunan dan kekukuhan rekod personel dan kewangan organisasi. Keupayaan merancang serta melaksanakan pembangunan untuk penambahbaikan perkhidmatan kepada orang ramai adalah aset utama.

Skop peranan yang dipertanggungjawabkan kepada unit pentadbiran tidak boleh dipandang remeh malah ianya adalah nadi penggerak kepada sesebuah organisasi. Bantuan teknikal juga turut dilibatkan bagi menentukan gerak kerja yang bersepadu untuk meningkatkan lagi potensi pungutan hasil berdasar kepada strategi jangka pendek dan panjang agar organisasi dapat diuruskan secara aktif selaras dengan objektif dan polisi kementerian.