• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Dietetik dan Sajian

Unit Sajian

Unit Sajian Makanan adalah sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan sajian makanan dan membantu dalam penyembuhan awal yang berkaitan dengan pemakanan.

Tahun 2005 telah mencatatkan beberapa perubahan kepada Unit Sajian termasuklah beberapa projek pengubahsuaian bangunan. Bangunan yang dahulunya kecil kini telah diperbesarkan dengan memisahkan antara ruang dapur basah iaitu ruang pra-penyediaan dengan ruang dapur kering iaitu ruang memasak dan menghidang.

Tahun 2005 juga Unit Sajian juga telah mula memperluaskan khidmatnya dengan membekalkan khidmatnya dengan membekalkan diet untuk pesakit yang menjalani rawatan di Unit Haemodialisis. Unit Sajian sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya sebagaimana yang dinyatakan dalam 'Piagam Pelanggan Unit Sajian'. Beberapa perubahan juga telah dibuat kepada menu pesakit.

Tahun 2010, Unit Sajian telah dinaiktaraf di mana telah berpindah ke bangunan lama faber dan telah siap pada awal tahun 2011.

Pesakit kini dihidangkan dengan 2 pilihan sayur dan 2 pilihan buah untuk menu makan tengahari dan 2 pilihan sayur untuk menu makan malam. Pada hari-hari perayaan pula, pihak Unit Sajian menyediakan menu istimewa untuk peskait dalam. Pesakit turut diberikan dengan bungkusan kuih raya. Ini adalah salah stau cara untuk memberi sokongan moral kepada pesakit yang menjalani rawatan.