Unit Farmasi

Unit Farmasi merupakan salah satu unit yang terdapat di Hospital Kampar.

Skop perkhidmatan unit ini merangkumi Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi  Klinik  Pakar dan Stor Integrasi.

Fungsi Utama

1.   Membekalkan ubat-ubatan kepda pesakit luar dan pesakit dalam.

2.   Menformulasi dan menyediakn sediaan famaseutikal mengikut garispanduan amalan pengilangan baik.

3.   Melakukan aktiviti pembungkusan semula untuk kegunaan di hospital dan klinik kesihatan berhampiran.

4.   Menguruskan aktiviti perolehan ubat-ubatan dan alat perubatan dan pembekalannya kepada unit pemesan.

Pencapaian

Unit Farmasi sentiasa memantau tahap kualiti perkhidmatan yang diberikan menerusi Program Kepastian Kualiti yang merangkumi farmasi pesakit luar dan dalam, farmasi klinikal dan pengurusan stor. Antara indikator Program Kepastian Kualiti yang  berkaitan dengan Unit Farmasi Hospital Kampar ialah bilangan preskripsi yang diintervensi bagi pesakit luar dan dalam, bilangan preskripsi yang tersalah diisi tetapi dikesan sebelum didispens bagi pesakit luar dan dalam, bilangan ubat yang tersalah bekal, kadar pusingan stok dan nilai stok yang dilupuskan .

 

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang



Sabtu / Ahad / Cuti Umum / Cuti Am
10.30 pagi - 1.00 tengahari
* hanya untuk pesakit dari Unit Kecemasan & Pesakit Keluar Wad sahaja