Unit Patalogi

Perkhidmatan Patologi merupakan satu perkhidmatan yang terpenting dalam organisasi Perubatan dan Kesihatan amnya dan Hospital Kampar khasnya. Unit ini berperanan untuk memberi gambaran awal sesuatu penyakit bagi membantu pegawai perubatan dan rawatannya.

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Unit Patologi merangkumi :

Patologi Kimia
Haematologi
Parasitologi
Transfusi Perubatan
Klinikal
Objektif

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cepat, tepat dan berkualiti dalam memberi gambaran sebenar keadaan pesakit kepada pegawai perubatan
Menyediakan keperluan darah dan komponen darah yang selamat serta mencukupi untuk kegunaan pesakit
Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi perubatan terkini
Proses peningkatan kualiti perkhidmatan dilakukan melalui penyertaan dalam Program Kualiti KKM :

NEQABB untuk Transfusi Darah
EQAS untuk Patologi Kimia
EQAS untuk Malaria dan TB
Kemahiran kakitangan juga dipertingkatkan dengan menyertai kursus yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan professional.