• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Pengimejan dan Diagnostik

Unit Pengimejan Diagnostik

Unit Pengimejan Diagnostik merupakan salah satu unit yang terdapat di Hospital Kampar. Terdapat dua orang juru x-ray U29 dan   seorang atendan kesihatan U3 yang bertugas di unit ini. Juru x-ray U29 akan menjalankan tugas atas panggilan selepas waktu pejabat dan juga tugas di waktu pejabat. Tugas atas panggilan juga dijalankan oleh juru x-ray U29 dari Poliklinik Komuniti Kampar. Bersama-sama kakitangan di Unit Pengimejan Diagnostik dan juga kerjasama dari juru x-ray Poliklinik Komuniti Kampar, unit ini berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit yang datang ke Hospital Kampar untuk mendapatkan perkhidmatan x-ray.

Kakitangan di unti ini sentiasa berganding bahu dengan pegawai perubatan, pembantu perubatan dan kakitangan hospital yang lain dalam usaha untuk mendapatkan diagnosa penyakit dengan tepat dan cepat bagi pesakit. Modaliti yang terdapat di unit ini adalah pemeriksaan radiografi am termasuklah radiografi ‘mobile’ atau mudahgerak.

Aktiviti-aktiviti kawalan mutu kerja telah dijalankan termasuk perolehan data ‘national indicator’ seperti kajian kepuasan pelanggan dan kajian penolakan filem x-ray.