Kami Sedia Membantu

LOGO KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

 Sentuhan di Hati

 Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

 Hati Berwarna Merah

 Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

 Tangan

 Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

 Nilai-nilai Teras

 Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

 

MOTO KAMI SEDIA MEMBANTU

 Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

 Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

 Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

 

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

 Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

 Profesionalisme

 Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

 Kerja Berpasukan

 Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

 

JANJI KAMI

Kami Komited terhadap keperluan anda

 Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

 Kami melaksanakan apa yang dirancang

 Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

 Kami berdedikasi terhadap tugas

 Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

 

KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

 Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

 Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

 

IKRAR KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,

berikrar akan;

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
  • Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
  • Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta komited untuk mencapai matlamat Kementerian.